Oleh  bluelagoon 

Pilihanraya umum yang ke -12 semakin hampir. Bahangnya makin terasa kepada parti kerajaan  dan tidak ketinggalan, parti-parti pembangkang yang bakal bertanding dan semakin sibuk dengan kempen-kempen untuk meraih kemenangan pada pilihanraya nanti.

Dalam kesibukan ini, parti Pas tidak ketinggalan untuk mengadakan persiapan apa yang patut. Tetapi apakah sebenarnya jihad parti ini untuk menolong rakyat akan terlaksana atau terkubur begitu sahaja.

Benarkah selama ini nasib rakyat di Kelantan terbela dengan pemerintahan Kerajaan Pas atau itu semua helah Pas semata-mata kerana rakyat pasti tahu menilai kerana selama pemerintahan Pas tiada perubahan yang memberangsangkan.

Dalam masa yang sama Pas juga tidak ketinggalan untuk mencetuskan kontroversi  terhadap kepimpinan UMNO dengan mengatakan yang parti UMNO semakin lemah. Tindakan berani Pas menuduh tanpa bukti menjelaskan betapa mereka merasa goyah untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Orang-orang Pas ini hanya mementingkan keuntungan Politik sahaja dan menyangka yang mereka sangat kuat serta berpengaruh dan berpeluang untuk memecah belahkan UMNO sedangkan mereka sendiri tidak konsisten dalam memperjuangkan parti mereka.

Apakah tiada isu lain yang Pas boleh gembar-gemburkan sehinggakan isu seremeh ini diperbesarkan oleh mereka. Tidakkah Pas sedar bahawa harapan mereka hanya akan tinggal harapan kerana parti UMNO amat cekal dalam perjuangan yang dijuangkan.

Pas dan pemimpinnya memang gemar bercakap besar serta berani mencabar orang lain dengan mengadakan debat sedangkan isu yang dibangkitkan itu langsung tidak mendapat perhatian. Pas sebenarnya semakin lemah kerana perjuangan mereka tidak ada motif dan semakin tidak relevan dari hari ke hari.

Seperti biasa, Pas pasti menggunakan isu agama untuk diperdebatkan dan mengambil perhatian masyarakat apabila menjelangnya pilihanraya. Pas begitu taksub dengan ideologi serta dakyahan berbau sentimen agama dan sering mempertikaikan kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam sedangkan semua itu sudah jelas dan nyata diketahui.

Sebenarnya  Pas tidak sedar bahawa pengundi –pengundi di seluruh Malaysia sedar bahawa tahap keimanan dan keislaman seseorang itu tidak boleh berpaksi kepada parti atau perjuangan politik .

Pejuang politik sepatutnya memperjuangkan Islam bukannya mempergunakan isu berkaitannya untuk kepentingan politik semata-mata. Mereka harus sedar, rakyat sekarang semakin bijak dan semestinya perkara begini dengan mudah dapat dinilai.

Kebanyakkan pengikut Pas kini telah sedar yang selama ini parti yang disokong mereka gagal membela nasib mereka sendiri malahan mereka  sering ditakutkan dengan pelbagai hukuman dosa jika tidak menyokong parti Pas.

Pas jangan terlalu gembira lantas meletakkan keyakinan bahawa mereka akan tetap menerajui  kerajaan Kelantan. Apatah lagi untuk menduduki tampuk pemerintahan negara.

Pas sebenarnya berada ditahap goyah dan kemungkinan Kerajaan Pas di Kelantan pasti terpaksa menerima kekalahan yang bakal di tempah semasa pilihan raya akan datang.