Memandangkan sekarang ini ramai Barisan Alternatif (BA) yang tampil ke hadapan mengangkat diri masing-masing untuk menjadi pemimpin seperti Anwar Ibrahim. Hj. Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang. 

Untuk merealisasikan angan-angan mat jenin mereka wajarkah BA diberi peluang selama 5 tahun untuk memerintah Malaysia bagi membuktikan kononnya mereka lebih berkemampuan mentadbir negara berbanding Barisan Nasional yang dikatakan uzur menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr. Lo’Lo Ghazali.

Kalaulah diberi peluang lima tahun untuk BA membuktikan kepimpinannya untuk menyandang gelaran sebagai Perdana Menteri seperti yang dikatakan oleh Lo’Lo, siapakah calon yang di rasakan paling layak untuk memegang tampuk pemerintahan negara? Di antara calon-calon yang semakin menonjolkan diri dan semakin berlagak dengan kononnya diri mereka layak untuk jadi Perdana Menteri terdiri daripada Hadi Awang, Anwar Ibrahim ataupun Lim Kit Siang.Hebatkah mereka untuk terus berada dipuncak pemerintahan dan membawa perubahan kepada negara dalam tempoh masa lima tahun? Mungkin tak sampai 5 tahun rebah, memandangkan mereka-mereka ini mempunyai karektor tidak layak dipunyai oleh seorang pemimpin.Diri mereka sendiri pun masih perlu di pimpin, inikan pula mahu memimpin negara. Lihat sahaja karektor Anwar yang berlagak baik depan orang, tapi sebaliknya berkelakuan seperti syaitan bertopengkan manusia.Pendapat Lo’Lo langsung tidak masuk akal jika BA diberi peluang buktikan kemampuan memerintah kerana kita sudah sedia maklum yang BA terdiri daripada Parti Islam Malaysia (Pas), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP sendiri tidak mampu memimpin parti mereka inikan pula ingin memimpin negara.Sandiwara apakah yang hendak dimainkan sebenarnya oleh BA jika ingin memegang pucuk pimpinan negara. Siapakah calon yang paling layak menjadi Perdana Menteri jika Lo’Lo berpendapat bahawa BA yang seharusnya menjadi pemimpin?Agaknya kalau lah mereka jadi pemimpin jangan kata lima tahun, mungkin lima minggu atau lima bulan dah hancur Malaysia tergadai pada negara luar di sebabkan system pemerintahan dalam Negara mungkin akan kacau bilau.Kadang-kadang gelihati saya melihat telatah kebudak-budakkan parti pembangkang ini. Kononnya gabungan mereka sungguh mantap serta boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sejahtera, adil, efisyen dan berkeyakinan. Berbagai-bagai istilah boleh disamakan untuk mereka iaitu ‘ Gunting dalam Lipatan’ atau ‘ musuh dalam Selimut’ kerana sanggup bergabung menjadi Barisan Alternatif untuk mencapai impian mereka menjadi pemimpin Negara suatu hari nanti tapi entah bila.